Sabtu, 31 Julai 2010

Tekad Rakyat PRU-13



Sesudah hampir 50th rakyat Malaysia menderita,kecewa dan diperbodohkan dengan corak pemerintahan rejim UMNGOK/BN maka kini tiba lah masa yang sesuai bagi kami sebagai rakyat yang mempunyai suara dan kuasa bagi menentukan siapa yang sepatutnya layak diberikan amanah dan mandat untuk mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini,..SUARA RAKYAT...SUARA KERAMAT...

Saya tertarik dengan peristiwa yang berlaku di tempat saya baru2 ini, iatu di waktu perasmian Masjid baru Taman Temerloh Jaya,... Yb & Exco Kerajaan Negeri dari parti UMNGOK/BN terlalu emosi sehinggakan hampir berlaku kejadian tidak diingini tetapi berjaya ditenangkan oleh para pengikutnya. Isu nya kerana gagal untuk menempatkan j/kuasa masjid yang baru dari kalangan orang UMNGOK kerana terpaksa akur dengan arahan dari Majlis Agama Pahang (MAIP). Beliau juga berkeras untuk menempatkan satu ruang di dalam Masjid yang baru ini untuk aktiviti2 UMNGOK. Inilah wajah dan peribadi sebenar pemimpin2 UMNGOK yang hendak kita jadikan tauladan,..... baik kita jadikan sempadan jika begini keadaannya.

Mereka sudah gagal untuk menterjemahkan silaatuurahim sesama makhluk ciptaan Tuhan dan dengan sifat sombong dan riak mereka ini bakal menghancurkan diri mereka sendiri. Sesama bangsa dan agama pun mereka sanggup khianat, inikan pula dengan berlainan bangsa,... janganlah kita menjadi hipokrit serta munafik dalam memperkatakan sesuatu demi kepentingan politik serta untuk mengekalkan kuasa.

Di suatu sudut mereka melaungkan perpaduan melayu dan di waktu yang sama juga mereka sebenarnya ingin memecahkan perpaduan yang ternyata erat di dalam Pakatan Rakyat. Mereka2 ini akan terus menerus berusaha untuk memecahkan perpaduan erat berlainan bangsa dan agama di dalam pemerintahan Pakatan Rakyat demi untuk mengekalkan kuasa mereka2 semua. Didalam keadaan terdesak sekarang ini,.. mereka2 ini sanggup menghalalkan apa jua cara demi mencapai impian mereka.

Jika kita mengambil ikhtibar dari skandal PKFZ,.. yang disabitkan kesalahan dan dihadapkan ke muka pengadilan hanyalah gimik politik untuk menunjukkan ketelusan mereka didalam menerajui pemerintahan. MCA telah ternyata di malukan oleh kerajaan UMNGOK/BN dan dijadikan badut untuk memainkan sandiwara sedangkan yang terbabit di dalam skandal ini adalah ramai dan membabitkan pemimpin UMNGOK juga,.. tetapi mengapa hanya seorang dijadikan kaldai untuk bertanggungjawab di dalam episod rompakan wang rakyat ini ??????. Rakyat bukanlah mudah untuk diperbodohkan dengan sewenang2nya.., rakyat ingin tahu kemana wang perbelanjaan negara dipergunakan dan berapa nilai pengorbanan rakyat demi negara di terjemahkan oleh para pemimpin negara ????,.... rakyat sudah muak untuk menerima sandiwara hipokrit pemimpin yang ada sekarang tanpa memikirkan nasib serta penderitaan rakyat.

Mungkin dunia sudah sampai kepada penghujung kerana orang yang jahil dianggkat sebagai pemimpin dan pemimpin yang ada juga menolak segala hukum Allah sebagai panduan kehidupan. Tak hairan lah jika kita melihat sekarang,.. masalaah sosial mendominasi kehidupan hari ini. Dimanakah maruah kita sebagai rakyat Malaysia,... mempunyai pemimpin yang terbabit dengan berbagai2 skandal termasuk sampai kepada tahap pembunuhan sesama makhluk demi mengekalkan tampuk kekuasaan,...... cukuplah dengan pelbagai kemusnahan selama 50th memerintah kerana rakyat sudah cukup menderita dengan pencabulan dasar yang memakan masa untuk dipulihkan kembali.

Sinar kejayaan telah menjelma dengan kehadiran Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari terus hanyut dan hancur dengan kemusnahan yang disajikan oleh pemerintahan rejim UMNGOK/BN berdekad lamanya. Rakyat harus dihidangkan dengan demokrasi yang telus untuk di beri peluang memilih untuk menerajui pemerintahan dan seterusnya menyelamatkan negara yang mereka sayangi. Rakyat wajib membulatkan usaha, tekad dan semangat untuk berani mengubah setiap kezaliman yang dilakukan oleh pemerintahan yang sedia ada.

Takbir........ ALLAHUUAKBAR

1 ulasan:

  1. Sedar la wahai orang Melayu..sesama Melayu kamo mencaci dan menghina..sedangkan bangsa lain bertepuk tangan..jika Melayu tidak bersatu,aku percaya bangsa lain akan memerintah tanah air kita..sedarlah

    BalasPadam