Khamis, 21 Oktober 2010

Jahil,.. sejahil ..... Jahiliah

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .




2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .





3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .





4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31





[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .



Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .



Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]





5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.





6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .





7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .





8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .





9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .





10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .





11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .





12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.



Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .





Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .





Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .





13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .





14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .





15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .



Rabu, 20 Oktober 2010

Agenda merompak harta rakyat

Melalui apa yang telah dinyatakan oleh PM Najib baru ini di dalam pembentangan belanjawan 2011, telah membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pelaburan luar negaranya sehingga mencecah 20 peratus, sedangkan sebelum ini adalah hanya 7 peratus sahaja. Ini adalah satu agenda dan perancangan licik UMNGOK/BN untuk menyalur keluar dana milik rakyat berjumlah 75 billion ke dalam sebuah syarikat milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE).

Sehingga ke hari ini pun PM Najib masih gagal mendedahkan kepada umum identiti syarikat terbabit atau kaunter saham syarikat terbabit yang bakal menerima suntikan besar dari dana KWSP menimbulkan kesangsian  bahawa ini adalah perancangan licik UMNGOK/BN untuk ' melarikan ' aset pesara rakyat ini.

Setelah dana KWSP digunakan untuk membeli saham PLUS,. kini  dana rakyat sekali lagi dikorbankan demi kepentingan untuk menyelamatkan kroni2 mereka. Melalui apa yang telah berlaku sekarang,.. adalah menjadi satu kewajipan bagi rakyat untuk mengetahui setiap sen dana rakyat yang telah diguna pakai oleh kerajaan dan kemana dana tersebut hendak disalurkan ???, adakah untuk menampung kebajikan, kemudahan infrastruktur serta pembangunan ekonomi rakyat atau sekadar untuk memperkayakan pemerintah rejim UMNGOK/BN serta kroni2 mereka.

Rakyat seharusnya lebih peka dengan setiap isyarat serta ucapan yang bakal keluar dari lidah pemerintah rejim sekarang kerana mereka sememangnya berada pada tahap kritikal dan getir dalam menghabiskan sisa2 kuasa pemerintahan serta dalam menerima hakikat bahawa rejim UMNGOK/BN akan berkubur pada PRU-13 nanti.

TAKBIR,................. ALLAHHUAKBAR  (3x)

Selasa, 19 Oktober 2010

Kerbau di pegang pada tali,. manusia di pegang pada ??? 1 Malaysia

Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta.




Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.



Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.



Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.



Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah.



Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi anggap satu lagi pembaziran dana rakyat.



Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing. Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.



"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.



"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk mebiayai kehidupan seharian.



"Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali,"katanya.





juragan : Perghh...RM24juta + RM6juta=RM30juta + RM64juta=94 juta oiii..mangkuk tandas emas ke??atau selimut emas??..puak-puak umno kena pebodoh sakan..pemimpin hidup mewah ala firaun, penyokong Umno hidup merempat dan cari duit setengah mati..apa-apa pun..hidup umnooo... - karatijau





Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa.Bayangkan Sewa sehari Seri Perdana ini bersamaan RM11,527.77 sehari…



Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM



R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!



Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.



Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!



Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.



Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.



Jadi apa nak kita lakukan?



Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita. - n32








Note: Rakyat disuruh berjimat.. dia dok pulun habis.. rakyat dibebani kenaikan harga barang keperluan.. dia dok perabih 65 juta buat reban dua ekor badak... dan rm111 juta untuk makanan badak.. bulan-bulan kena bayar sewa lagi... Yang bangang penyokong umno jugak... kah..kah..kah..kah