Jumaat, 16 Julai 2010

Agenda memperbodohkan rakyat


Sepertimana yang kita semua ketahui bahawa kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen , gas memasak 10 sen dan gula 25 sen akan memberikan impak yang begitu dirasai oleh golongan pendapatan rendah dan sederhana apabila ianya diumumkan pada hari ini. Tambahan pula ianya adalah barangan keperluan asas bagi golongan peniaga yang bakal mempersiapkan peluang menambah pendapatan di bulan Ramadhan yang hampir tiba bagi persiapan Aidil Fitri yang hampir menjelang.
Adakah manusia yang mengumumkan kenaikan harga barang ini sedar bahawa keluh dan rintihan rakyat yang sentiasa dibebani dengan masalah cukai, bil letrik serta berbagai-bagai potongan gaji yang sentiasa menghimpit kos kehidupan masa kini. Adakah rakyat terpaksa turut sama dipaksa membayar kepada khidmat perunding Yahudi ( APCO ) demi imej Perdana Menteri Malaysia.
Sudah- sudahlah memperbodohkan rakyat dan terus menerus menekan rakyat yang sudah lemas dengan berbagai-bagai kes rompakan duit rakyat oleh manusia hipokrit yang munafik. Rakyat sudah tidak boleh bersabar lagi dengan berbagai penipuan yang dilakukan oleh pemerintah (UMNO/BN ) yang sentiasa dahaga dan lapar untuk merompak hak rakyat. Setelah diumumkan kenaikan harga pemerintah mengarahkan media supaya jangan menulis tentang kenaikan harga tetapi sebaliknya harus menulis " pelarasan harga" dan " rasionalisasi subsidi " bagi mengkaburi pemahaman pakcik dan makcik di kampung serta felda. Inilah hakikatnya yang sebenar tentang apa yang ada didalam hati pemerintah bagi negara kita ini.
Cuma mereka (pemerintah ) ini perlu sedar bahawa bukan semua rakyat ini boleh diperbodohkan dan rendah iQ nya seperti penyokong tegar mereka iatu ahli UMNO/BN yang memang sedia dan selamanya telah tertutup matahati nya bagi menilai kebenaran kerana semangat UMNO/BN telah sebati dan menjadi sebahagian rukun keimanan mereka. Bagi mereka-mereka ini,.. selayaknya di kafankan dengan bendera UMNO dan di talqinkan dengan lagu UMNO bagi mengiktiraf kesetiaan dan ketaksubaan mereka kepada parti UMNO itu.
Bagi rakyat Malaysia yang sayang kepada negara dan ingin menyelamatkan negara ini daripada pemerintahan yang tiada mempunyai sifat sayang kepada rakyat mereka sendiri,... ayuh kita tumbangkan kerajaan ini dan kita sama-sama hantar mereka-mereka ini ke makam dan kita talqinkan mereka supaya kita dapat mengubah kehidupan rakyat supaya menjadi lebih baik dan terbela bersama-sama kerajaan Pakatan Rakyat.
Kita harus bersatu dari segenap bangsa dan agama serta merancang demi Negara Malaysia yang kita semua cintai,.... TAKBIR........ ALLAHHUUAKBARRR