Isnin, 27 September 2010

menteri pencen ' mamak Mahafiraun '



  Dalam media rejim UMNGOK/APCO,.. kata2 Tun mamak Mahafiraun berbunyi ' Melayu akan hilang Kuasa jika Pembangkang memerintah Malaysia '
Inilah kata2 serta ucapan yang lahir dari hati seorang yang di anggap serta dinobatkan sebagai negarawan oleh para pendukung rejim UMNGOK/APCO yang memang telah diketahui buta mata serta hati nya. Apa pun yang berlaku, jelas dan terserlah kebimbangan para pemimpin rejim yang mereka semua bakal kehilangan kuasa dan terpaksa menjawab pelbagai persoalan serta terbongkarnya bermacam-macam bentuk penyelewengan dan rompakan harta rakyat. Atas faktor inilah yang membuatkan Tun mamak Mahafiraun terpaksa berfatwa demi untuk menyelamatkan pemerintahan yang sedia ada sekarang supaya segala kebobrokkan mereka semua akan terus tertutup serta tidak boleh dibicarakan segala kezaliman dan penipuan para pemimpin UMNGOK/APCO.

Apakah mereka semua lupa bahawa zaman sudah berubah dan rakyat sudah celik serta beriltizam untuk terus memajukan negara tanpa mahu terus diperbodohkan untuk selama-lamanya. Cukuplah setelah hampir 50th merdeka serta hampir 23th terpaksa menanggung penderitaan bernaung di bawah pemerintahan kejam dan hipokrit pada era rejim mamak Mahafiraun ini. Sudah berapa banyak wang rakyat, tanah rakyat, harta rakyat dan pelbagai yang tergadai serta dilenyapkan oleh pemerintahan rejim dan kroni2 mereka semua.

Usah lah mendabik dada sebagai pembela bangsa kerana rakyat tidak boleh terus diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya kerana hati dan perasaan mereka ikhlas untuk melihat negara Malaysia maju serta kebajikan semua bangsa yang bernaung di bawah perlembagaan Malaysia tetap terbela serta terus mengikat tali perpaduan yang erat bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara. Tidak perlu lah untuk mengaibkan sesama manusia demi untuk menggekalkan kuasa kerana kita semua perlu sedar dan yakin bahawa Allah  akan bersama-sama dengan mereka yang sabar serta istiqamah dalam semua perkara.

Tun mamak Mahafiraun ini lupa yang dia telah lama pencen dalam pemerintahan tetapi terus menerus berpolitik demi kesinambungan anak serta kaum kerabat supaya terus menerus dapat membolot sebanyak mungkin harta kekayaan untuk bekalan di padang Mashyar nanti. Agama dan hukum Allah terus dipermainkan oleh mereka semua, demi untuk mengekalkan kuasa pemerintahan supaya dapat merealisasikan impian dan cita-cita rejim UMNGOK/APCO.

Rakyat harus bijak dan rasional di dalam setiap waktu dan keadaaan supaya dapat mengawal strategi yang sememangnya telah di atur dengan begitu licik oleh pimpinan rejim untuk melihat rakyat terus di lekakan dan diperbodohkan dengan mengalihkan pandangan serta fokus terhadap sesuatu isu yang sengaja di politik kan.
Sentimen perkauman sengaja dipermainkan supaya dapat mengujudkan ketegangan dan dapat mengalihkan fokus rakyat terhadap isu-isu semasa dan meningkatnya kos perbelanjaan kehidupan. Pakcik dan makcik2 yang berada di kampung2 serta di felda2 mesti ditakut-takutkan dengan kehilangan kuasa serta hak orang melayu supaya rejim dapat terus menerus merompak harta rakyat dan dapat terus menerus memperbodohkan bangsa melayu itu sendiri dan mengkhianati amanah bangsa.Sikap hipokrit dan munafik rejim ini memang sudah menjadi amalan turun temurun parti UMNGOK/APCO sejak zaman penjajah dahulu lagi dan mereka adalah kader yang terlatih hasil daripada doktrin british lakhnatullah.

Takbir........................ Allahhuakbar  (3x)