Jumaat, 10 September 2010

Umgok Pahang

Saya amat tertarik dengan pendedahan berani dari bloggers bRAVE Heart yang seringkali merungkai dalaman parti rejim UMNGOK/APCO Pahang yang sememangnya amat meloyakan perasaan rakyat Pahang bagi sekian lamanya.

Barisan kepimpinan Pemuda UMNGOK/APCO Bhg Temerloh ini, ingin di lihat sebagai pejuang bangsa ketika menghantar memorandum kepada Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri berkaitan isu Namwee yang dikatakan menguwujudkan sensiviti kaum, tatkala diwaktu yang sama juga bacul dalam memperjuangkan isu iklan raya yang dimainkan oleh TV3 yang nyata menghina islam itu sendiri. Inilah doktrin politik rejim UMNGOK/APCO yang sebenarnya, bak kata pepatah " kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan najis "

Apalah yang hendak dibanggaakan dengan UMNGOK Bhg Temerloh,.. di kalangan pemimpin Bhg Temerloh itu sendiri masih dibelenggu dengan perbicaraan rasuah yang masih belum terjawab dan tanda nokhtahnya. Bandar ikan patin yang ingin dimasyurkan di Temerloh juga tenggelam dalam fantasi fantamorgana yang melekakan seluruh penduduk . Parti rejim UMNGOK/APCO ini memang buta sejarah dan sememangnya tidak tahu menilai sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan dari lakhant british, yang berpaksi di bumi Temerloh, nama2 pejuang seperti Kamarulzaman Teh, Ibrahim Chik, Abu Samah Kassim, Pak Sako serta banyak lagi yang terus dilupakan serta dipesongkan fakta yang mengaitkan mereka penderhaka kerana menentang british yang sememangnya amat di sanjung oleh parti UMNGOK/APCO.

Pada era perang siber pula, di mana blog Pemuda Temerloh yang difahami Ketua Bhgn iatu Yb Shakar adalah Exco IT bgi negeri Pahang,.. adakah tiada sumber dana diperuntukkan bagi menanggani serta menepis segala serangan yang dilancarkan oleh blogs pro pembangkang di Pahang ???., yang jelas adalah agenda untuk sentiasa melihat rakyat terus diperbodohkan serta gagal untuk membalas setiap fakta yang didedahkan oleh pembangkang. Apa yang lebih kertara adalah tidak sehaluan sesama sendiri di dalam parti itu jelas kelihatan kerana difahamkan Ketua Pemuda Bhgn yang ada sekarang bukanlah dari pilihan Ketua UMNGOK Bhgn Temerloh,... jadi tak kemana lah politik Pemuda Bhgn Temerloh,.... kesian....

Situasi yang sebegini perlu di ambil manafaat dengan sebaiknya oleh PAS, PKR serta DAP bagi menyempurnakan impian rakyat Pahang yang ingin melihat kewafattan UMNGOK/BN pada PRU ke-13 nanti. Pakatan Rakyat hanya perlu menumpukan pada hanya 2 Dun iatu Dun Lanchang dan Dun Mentakab bagi merampas kerusi Parlimen Temerloh pada PRU-13 nanti kerana Dun Semantan sudah diterajui oleh PAS dan rekod Yb Syed Hamid ternyata cemerlang sehingga kini. Senerio peneroka yang semakin celik serta berani untuk menuntut hak mereka cukup memberikan impak yamg cukup besar dalam persediaan Pakatan Rakyat dalam misi merampas kepimpinan negeri dari UMNGOK/BN.

Bagi kami rakyat negeri Pahang, sudah tidak sabar untuk menanti semboyan pilihanraya berkumandang bagi menyahut seruan jihad untuk mengkhuburkan parti UMNGOK pada PRU-13 nanti,..

Takbir ,................................ Allahuuakbar  (3x)

Khamis, 9 September 2010

Bangun suara Rakyat


















Setelah hampir 50th menerajui pemerintahan kerajaan Malaysia, rakyat sudah mula bijak menilai tipu helah dan permainan memperbodohkan rakyat oleh parti UMNGOK/BN yang terus berleluasa tanpa ada penghujungnya. Rakyat marhaen kelas bawahan yang sekian lama tertindas oleh kekejaman rejim akan bangkit dengan roh yang cintakan kemakmuran dan keadilan untuk menyatakan hak rakyat pada PRU-13 nanti.

Situasi percakaran sesama sendiri yang dicipta oleh rejim UMNGOK/BN mendatangkan seribu hikmah pada pendokong Pakatan Rakyat untuk menunaikan impian rakyat selama berdekad lamanya. Katak yang diutuskan oleh Mahafiraun untuk menghancurkan reputasi kepimpinan Pemuda rejim UMNGOK amat ditunggu2 oleh pendokong Pakatan Rakyat bagi melihat cepatnya kehancuran rejim UMNGOK. Kenyataan setiausaha Agung rejim UMNGOK sendiri yang menyatakan 13 komponen BN menolak serta akan menjauhi Perkasa kerana ternyata pendirian pertubuhan tersebut adalah perkauman dan akan mengakibatkan undi UMNGOK/BN terus lari dari hati rakyat.

Rakyat dapat menilai dari pelbagai sudut yang ternyata adalah hanya gimik politik semata2,.... kita harus memandang kepada isu yang lebih besar seperti pencapaian indeks pelabur bagi negara Malaysia yang terus menjunam, isu agama islam yang cuba dihina melalui iklan TV3 serta kitab suci al'Quran yang akan dibakar di Amerika. Di sinilah terbukti bahawa rejim UMNGOK/BN sememangnya bacul dalam memperjuangkan agama islam itu sendiri tetapi sanggup mempermaikan isu doa dan tazkirah di Pulau Pinang dan Selangor.

Rakyat perlu peka dan jangan mudah terpengaruh dengan permainan kotor oleh rejim UMNGOK/BN ini dan harus bijak menangani situasi yang sengaja dicipta akibat keadaan parti rejim yang sudah terlalu nazak dan semakin hampir kepada kewafatannya. Ketua Polis Negara diaibkan dalam hari2 terakhir perkhidmatannya dan situasi ini melambangkan bahawa inilah penghargaan dan pengiktiraffan selama perkhidmatan beliau dalam pemerintahan kerajaan UMNGOK/BN.

Sempena aidil fitri yang mulia ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekirannya terkasar bahasa sepanjang penulisan di laman blog saya ini, .... Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri untuk semua ,.. maaf zahir & batin. drp: denai semantan

Takbir,.............. ALLAHHUAAKBAR (3x)