Sabtu, 21 Ogos 2010

Tiupan api sentimen perkauman


Tiupan dan nyalaan api sentimen perkauman semakin kuat dinyalakan oleh rejim UMNGOK/APCO untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu2 semasa dan keadaan ekonomi yang semakin meruncing dan terus menindas rakyat bawahan yang miskin dan terus meratap kesusahaan. Rakyat yang terutama bangsa melayu terus ingin diperbodohkan bagi persiapan menghadapi PRU-13 yang dijangka akan berlaku lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Sentimen api perkauman terpaksa dimainkan bagi meraih simpati undi dari bangsa melayu apabila mereka melihat bangsa2 lain sudah lebih cenderung dan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam memberi undi sesudah prestasi di beberapa negeri yang diterajui Pakatan rakyat. Kejadian di Johor dan yang terbaru di Pulau Pinang jelas menunjukkan betapa terdesaknya rejim UMNGOK/APCO sehingga terpaksa mengaitkan institusi istana dan agama sebagai satu senjata bagi mereka untuk kepentingan politik UMNGOK/APCO.

Diketika ini rakyat perlu rasional dalam memikirkan betapa kerajaan pemerintah langsung tidak memikirkan hal kebajikan rakyat tetapi hanya memikirkan kepentingan mengekalkan kuasa pemerintahan mereka sahaja. Rakyat perlu berani melakukan perubahan untuk mengenepikan pemerintahan zalim dan korup oleh rejim UMNGOK/APCO setelah menerajui kerajaan selama hampir 50th tanpa ada melakukan apa2 pembelaan terhadap rakyat yang tertindas.

Adalah menjadi satu kewajipan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama serta warna kulit untuk terus bersatu dan berpadu tenaga bagi menumbangkan rejim pemerintahan yang maha zalim dan rasuah bagi menyelamatkan serta membawa negara Malaysia ke puncak kejayaan bagi membolehkan semua rakyat merasai nikmat serta rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada bumi bertuah yang bernama Malaysia.

Takbir (3x)     ALLAHHUUAKBARRRRR