Sabtu, 18 September 2010

perompak harta rakyat

Inilah lambang kebanggaan ahli rejim iatu parti yang berdekad lamanya menerajui pemerintahan negara dan sekian lamanya merompak harta dan hak rakyat. Berdasarkan affidavit Tan Sri Tajiddin Ramli telah banyak membuka mata rakyat semua betapa rakusnya parti UMNGO/APCO merompak harta rakyat Malaysia. Dalam kenyataan melalui affidavitnya Tan Sri Tajuddin memberitahu bahawa wang sebanyak RM600 juta lesap kerana beliau diarahkan oleh UMNO  untuk merompak wang tersebut untuk UMNO . Tidak cukup dengan wang tersebut , MAS juga telah berhutang RM 8 billion. Tan Sri Tajuddin juga menyatakan kehilangan wang MAS tersebut dilakukan oleh beliau atas arahan Presiden UMNO dan UMNO. Apa pun, sudahlah MAS hilang RM600 juta, duit rakyat digunakan untuk menampung kerugian MAS sebanyak RM8 billion selepas krisis kewangan 1997.

Tidak cukup dengan itu, lebih RM2.7 billion (atau RM8 billion) wang FELDA lesap dirompak oleh UMNO. Kononnya untuk tanam semula, tapi Guthrie dan Sime Darby juga membuat kos tanam semula yang jauh lebih murah berbanding FELDA ?????. Apakah motif bangunan FELDA boleh jadi begitu mahal ???, apakah keuntungan yang bakal diperolehi oleh peneroka2 dan adakah mereka semua layak untuk bermalam di bangunan mewah milik FELDA setiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur ???. Daripada kajian, bilangan pejabat yang kosong di Kuala Lumpur sudah tinggi dan dengan menambah bilangan pejabat itu bakal membawa kerugian kepada FELDA.

Proton pula bukan sahaja wang rakyat dirompak (dalam bentuk subsidi) sebanyak RM13 billion, rakyat Malaysia sendiri telah dirompak, yakni dengan terpaksa membayar RM40k lebih mahal dari harga pasaran setiap kereta yang telah di beli oleh rakyat Malaysia sendiri. Misalnya, sepatutnya Proton Wira cuma dijual dengan harga RM20k tetapi rakyat Malaysia dipaksa oleh UMNO untuk membelinya dengan harga RM60k.

PLUS juga telah digunakan untuk menyelamatkan bangunan UMNO dari dilelong oleh bank. Dari pendedahan tersebut jelaslah yang betapa rakusnya rejim2 UMNGOK/APCO merompak harta kekayaan rakyat demi untuk memenuhi nafsu mereka. Apakah nasib yang bakal menimpa PETRONAS ??? salah satu harta rakyat yang diketahui umum yang dana nya mencapai tahap berbillion,....

Marilah kita sama2 selamatkan Malaysia .....

Takbir,................... Allahuakbar (3x)