Ahad, 25 Julai 2010

Panglima UMNGOK/APCO




Inilah panglima2 dari UMNGOK/BN yang sedang rakus menggempur Selangor yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Sesudah ketandusan pemimpin di dalam UMNGOK/APCO,.. maka PM Najib mengarahkan serta mentauliahkan senatak Ezzam Kotak untuk mengetuai bala tentera UMNGOK/APCO untuk menghuru-harakan keadaan di Selangor dengan menjadikan Dato' Seri Anuar Ibrahim sebagai sasaran serangan di samping isu pasir. Apakah mereka2 ini merasakan bahawa rakyat Selangor ini mudah diperbodohkan dan diperkotak-katikkan seperti ahli2 UMNGOK/APCO itu sendiri..... haa haa haa.

Sesudah kehilangan kuasa pada pilihanraya yang lepas maka kroni2 UMNGOK/APCO di Selangor seperti dirasuk oleh jin kerana kantung kroni2 mereka ini telah kekeringan dan segala projek dan tender hanyan tinggal impian tanpa menjadi kenyataan. Banyak polong2 yang di bela oleh pemimpin UMNGOK/APCO sedang kelaparan kerana ketelusan pentabiran di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Polong2 yang kelaparan ini akan mengigit tuan2 nya apabila sudah tidak berdaya lagi untuk bertahan bagi meneruskan kehidupan di bandar metropolitan ini.

Untuk mengelakkan pertempuran dalaman yang sememangnya sedang hebat berlaku di dalam parti UMNGOK/APCO ini,..... maka satu kuasa luar diperlukan bagi mengelakkan perpecahan yang semakin ketara ini di samping terus-terusan menyerang kepimpinan Pakatan Rakyat bagi menghancurkan pemerintahan yang sedia ada di Selangor pada masa ini sebelum semboyan pilihanraya umum di bunyikan pada ketika yang sangat hampir dan dijangka mungkin penghujung tahun ini kerana memandangkan ekonomi Malaysia di paras yang amat bahaya.

Mengapalah kejahilan UMNGOK/APCO ini sampai tidak mampu untuk menilai rasionalnya pemikiran anak muda sekarang yang hanya ingin mendengar fakta dan angka tanpa mahu mendengar fitnah dan maki hamun terhadap sesama insan. Sudah2lah memperbodohkan ahli sendiri dan janganlah rakyat Malaysia serta Selangor juga ingin diperbodohkan sama,..... sepatutnya rakyat mesti dibentuk dengan nilai2 yang murni serta diperkuatkan ekonomi dan bukan disengsarakan dengan kenaikkan harga barangan dan di sajikan dengan amalan rasuah yang berleluasa dikalangan pemimpin2 UMNGOK/APCO yang sudah tidak dapat dihapuskan lagi.

Pemimpin yang diangkat juga tiada bermaruah kerana sanggup mengadai segala2nya termasuk menghalalkan semua cara bagi mendapatkan imbuhan peribadi duniawi. Mereka2 ini sanggup mengaibkan orang lain serta menjadi pencacai bagi pemerintah yang sedia ada bagi meneruskan kekuasaan di dunia tanpa memikirkan hari pembalasan kelak. Allah menjanjikan dunia jika kamu mengejarnya dan pasti kamu dapat,..tetapi ingatlah bahawa kamu tidak akan terlepas dari perhitungan di waktu hari pembalasan kelak.

Rakyat pada hari ini semakin sedar akan segala tindak tanduk kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah dan bersedia melakukan perubahan apabila semboyan pilihanraya berkumandang dan kami berikrar atas nama Allah untuk menunaikan kewajipan bagi menumbangkan kerajaan UMNGOK/BN pada pilihanraya nanti,... insyaallah,...... matlamat untuk menyelamatkan Malaysia akan diizinkan ALLAH swt.

TAKBIR,..........., ALLAHUAKBAR

TAKBIR,..........., ALLAHUAKBAR

TAKBIR,..........., ALLAHUAKBAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan