Situasi percakaran sesama sendiri yang dicipta oleh rejim UMNGOK/BN mendatangkan seribu hikmah pada pendokong Pakatan Rakyat untuk menunaikan impian rakyat selama berdekad lamanya. Katak yang diutuskan oleh Mahafiraun untuk menghancurkan reputasi kepimpinan Pemuda rejim UMNGOK amat ditunggu2 oleh pendokong Pakatan Rakyat bagi melihat cepatnya kehancuran rejim UMNGOK. Kenyataan setiausaha Agung rejim UMNGOK sendiri yang menyatakan 13 komponen BN menolak serta akan menjauhi Perkasa kerana ternyata pendirian pertubuhan tersebut adalah perkauman dan akan mengakibatkan undi UMNGOK/BN terus lari dari hati rakyat.
Rakyat dapat menilai dari pelbagai sudut yang ternyata adalah hanya gimik politik semata2,.... kita harus memandang kepada isu yang lebih besar seperti pencapaian indeks pelabur bagi negara Malaysia yang terus menjunam, isu agama islam yang cuba dihina melalui iklan TV3 serta kitab suci al'Quran yang akan dibakar di Amerika. Di sinilah terbukti bahawa rejim UMNGOK/BN sememangnya bacul dalam memperjuangkan agama islam itu sendiri tetapi sanggup mempermaikan isu doa dan tazkirah di Pulau Pinang dan Selangor.
Rakyat perlu peka dan jangan mudah terpengaruh dengan permainan kotor oleh rejim UMNGOK/BN ini dan harus bijak menangani situasi yang sengaja dicipta akibat keadaan parti rejim yang sudah terlalu nazak dan semakin hampir kepada kewafatannya. Ketua Polis Negara diaibkan dalam hari2 terakhir perkhidmatannya dan situasi ini melambangkan bahawa inilah penghargaan dan pengiktiraffan selama perkhidmatan beliau dalam pemerintahan kerajaan UMNGOK/BN.
Sempena aidil fitri yang mulia ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekirannya terkasar bahasa sepanjang penulisan di laman blog saya ini, .... Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri untuk semua ,.. maaf zahir & batin. drp: denai semantan
Takbir,.............. ALLAHHUAAKBAR (3x)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan